New World Review
Game genre MMO terbaru Amazon iaitu New World telah lebih kurang 4 bulan sudah berada di platform PC, umum semua telah mengetahuinya, daripada awal launching sampailah ke hari ini banyak masalah-masalah yang akan pemain alami jika hendak bermain game ini, pada mula launching kita menghadapi masalah untuk masuk ke server kerana server terlalu penuh dan masa menunggu yang terlalu lama, walaupun begitu masalah sedemikian tidak lagi kita hadapi kerana banyak pemain-pemain telah meninggalkan game ini kerana terlalu banyak bug dan coding yang agak teruk,serta developer yang sangat tidak berpengalaman menguruskan game ini, apabila satu patch keluar berpuluh bug lain pula yang akan menggangu pemain. Daripada 900,000 pemain 500,000 telah meninggalkan MMO ini dalam masa tidak sampai sebulan.
Pelbagai Ekploitasi juga menyerang game ini kerana teruknya dan tidak caknanya developer tentang coding, pemain-pemain yang tidak bertanggungjawab juga dapat menggunakan ekploitasi seperti gold duping, trophy duping yang mana akan memberikan matawang (Gold) dalam permainan tanpa had kepada mereka.
Lagging dalam War juga menjadi penyebab utama ramai pemain meluat dan kecewa dengan MMO ini, pemain-pemain pihak lawan akan nampak seperti tidak bergerak dan anda akan mati secara tiba-tiba di dalam War tanpa anda mengetahui penyebabnya, terdapat berbagai lagi bug didalam War yang akan menyebabkan pemain tidak mahu menyertai PVP War dalam game ini iaitu anda tidak boleh bergerak jikalau tidak lompat dan ada akan menjadi kaku didalam perang apabila anda cuba bergerak dan anda hanya akan boleh bergerak ketepi sahaja, satu bug yang sangat pelik dan amat mengecewakan.
Kebanyakkan server telah mati kerana ketiadaan pemain, sesetengah server sangat susah untuk dapat bermain dalam Outpost Rush iaitu salah satu PVP mode dalam game ini, Balancing dalam game ini juga sangat teruk, apabila mereka (Amazon) buff senjata tertentu ia menjadi terlalu kuat,apabila mereka nerf ia menjadi terlalu lemah, dan banyak jugak bug bug senjata yang membuatkan pemain menggunakannya sebagai ekploitasi, ini membuatkan banyak pemain merasakan ia terlalu tidak adil.
Bagi saya game ini ada potensi untuk menjadi game genre MMO yang terbaik, tetapi pihak Amazon Game Studio membuat kerja seperti melepaskan batuk di tangga, segalanya asal boleh sahaja, menjadikan banyak pemain-pemain kecewa dan meninggalkan game ini, saya secara peribadinya telah bermain selama lebih kurang 600 jam game ini, merasakan ianya sia sia dan cepat membosankan kerana endgamenya yang terlalu grindy dan tiada hala tuju, itu tidak diceritakan tentang mechanic-mechanic lain seperti loot rate dan lain lain hal yang dirasakan pengiraannya merepek dan tidak masuk akal, kekurangan cerita (lore) mengenai watak watak di dalam game ini juga menjadi penyebab misi misinya seperti tidak ada hala tuju dan hanya pukul segala mob dan hantar misi. Saya berharap pihak Amazon game studio akan memperbaiki segala kelemahan game ini dan menarik kembali hati-hati pemainnya untuk bermain semula.
New World Review
Graphic - 75%
Gameplay - 40%
Mission - 45%
Endgame - 30%
48%
48
Game yang sangat teruk dan banyak masalah, hanya cantik dimata sahaja tetapi ia bukanlah masterpiece.