Esports

WTMToday.My : NSEA nafi terikat dengan mana-mana organisasi selain PJS

Baru-baru ini kecoh dalam komuniti permainan PUBG tempatan mengenai tindakan JP NSEA “menembak” dua pemain Team Secret di dalam permainan pada pusingan terakhir Super Weekend 3.Insiden itu menimbulkan beberapa tuduhan liar dikalangan komuniti PUBG tempatan.

Seperti yang kami baca di WTMToday.My yang telah mengeluarkan klip video dibawah dan artikel tentang kenyataan NSEA, WTMToday juga menyatakan :

“JP NSEA merupakan satu-satunya pasukan PMCO 2021 yang berjaya melayakkan diri ke Super Weekend PMPL MYSG S3 sebanyak tiga kali berturut-turut dan berada dalam kelompok 10 terbaik liga dengan kutipan 228 mata secara keseluruhan.”

Menurut artikel WTMToday.My ( Artikel Asal) tentang penafian NSEA,pihak Persatuan Sukan Elektronik Negeri Sembilan telah mengeluarkan kenyataan mereka seperti di bawah :

Persatuan Sukan Elektronik Negeri Sembilan (NSEA) menegaskan pihaknya tidak terikat dan bernaung dengan mana-mana pihak selain Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS).

NSEA berkata pihaknya adalah sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997.

Jelas NSEA, pihaknya telah mengambil alih pengurusan skuad MPX Redline sepenuhnya sebelum Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura Musim Ketiga (PMPL MYSG S3) 2021 bermula.

“Segala hal ehwal pengurusan, petadbiran, mahupun strategi dalam permainan pasukan JP NSEA adalah dibawah tanggungjawab sepenuhnya Pengurusan NSEA.

“Manakala JP (Jentera Pejuang) merupakan penaja utama NSEA bagi menampung kos-kos pengurusan & operasi seperti gaji, elaun dan kebajikan pemain,”katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut NSEA, pihak pengurusannya hanya bertanggungjawab atas sebarang pernyataan, penerangan, jawapan yang ataupun penjelasan yang hanya tertera di laman Facebook NSEA. Pihaknya tidak terlibat dalam memberi sebarang kenyataan yang berada di luar platform laman Facebook NSEA.

NSEA juga memohon maaf atas kelewatan untuk mengeluarkan kenyataan berhubung isu hangat melibatkan PMPL MYSG S3.

Jelasnya, tindakan itu adalah bagi menghormati pihak penganjur untuk menjalankan siasatan yang berkaitan.

“Berikutan isu hangat yang melanda pentas PMPL MYSG S3 beberapa hari ini, kami ingin memberikan kenyataan untuk menjelaskan perkara yang sebenar.

“Kami mohon maaf atas kelewatan pernyataan ini atas dasar menghormati kehendak pihak penganjur dalam menjalankan siasatan yang adil dan komprehensif.

“Kami juga akan menjelaskan isu ini dalam bentuk yang lebih teknikal dalam masa terdekat,” tambah NSEA.

Menurut NSEA lagi, sebagai persatuan berstatus negeri, pihaknya tidak akan sama sekali berkompromi dalam mana-mana kegiatan yang tidak sihat dalam pembangunan e-sukan yang mana merisikokan masa depan atlet yang bernaung di bawah pengurusan NSEA.

“Selari dengan matlamat NSEA dalam memastikan pembangunan e-sukan yang lebih dinamik dan kondusif, kami akan sentiasa pada bila bila masa memberikan kerjasama kepada mana-mana pihak berautoriti sekiranya diperlukan,” katanya.

Lihat penafian dan kenyataan rasmi NSEA dibawah :

kredit gambar : WTMToday.My
0 0 votes
Article Rating

Source
WTMToday.My

Admin

If u ask me to explain myself in 3 words,i choose God,Gaming,Brotherhood is the best to describe me,im into MMORPG,im Paladin and Warrior but sometime a Discipline priest and shaman in WoW,Im also EVE Pilot available in EVE universe as Dewamerah.
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Back to top button
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x