Terms & Conditions

Terma Dan Syarat

Kami merupakan sebuah komuniti gaming dan juga pengendali laman sesawang Bajubesi.Com.My – The Finest Malaysia Gaming Community yang bertapak di Malaysia, https://www.bajubesi.com.my (BAJUBESI.COM.MY).

Kenyataan yang disediakan ini menunjukkan komitmen dan kesungguhan kami terhadap menyediakan bahan-bahan bermutu dan perkhidmatan yang boleh digunakan dalam BAJUBESI.COM.MY

Melayari BAJUBESI.COM.MY adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di bawah. Dengan menggunakan BAJUBESI.COM.MY, ini bermakna anda termaktub dalam menerima perjanjian ini.

Hakcipta

Semua bahan yang disiarkan termasuk artikel, grafik, gambar dan video adalah tertakluk dan dilindungi oleh undang-undang hakcipta Malaysia. Pengubahsuaian sebarang bahan dari laman web ini atau menggunakan dengan sebarang niat untuk menjual,mengedar dan menyalin untuk apa apa tujuan sama ada baik atau tidak baik adalah melanggar hakcipta BAJUBESI.COM.MY

Penggunaan bahan-bahan daripada BAJUBESI.COM.MY untuk lain-lain laman web atau komputer adalah dilarang sama sekali. Bahan-bahan daripada sebarang laman web yang dimiliki, dikendalikan, lesen atau dikawal oleh BAJUBESI.COM.MY  tidak boleh dicetak, diulangterbit, diulang cetak, dimuat turun, dipindahkan atau diedarkan dalam mana-mana carapun.

Semua nama, simbol, logo dan tanda yang digunakan dalam BAJUBESI.COM.MY, kecuali yang lain-lain yang telah dinotiskan, adalah tanda dagangan dimiliki atau digunakan di bawah lesen oleh BAJUBESI.COM.MY. Penggunaan tanda-tanda dagang atau lain-lain bahan dalam laman web ini adalah dilarang.

Forum umum

BAJUBESI.COM.MY juga menyediakan ruangan untuk pelayar laman ini berkongsi pendapat, idea dengan umum iaitu ruangan forum ( BAJUBESI.COM.MY – FORUM ) Mereka yang menghantar pendapat atau cadangan hendaklah bertanggungjawab atas kenyataan yang diberikan.BAJUBESI.COM.MY berhak menyunting atau tidak menyiarkan mana-mana pendapat yang difikirkan boleh memberi kesan buruk kepada umum.

Anda secara khususnya bersetuju bahawa BAJUBESI.COM.MY tidak bertanggungjawab atau berkewajipan ke atas mana-mana ugutan, fitnah, kelucahan melampau, menghina atau kandungan tidak sah atau berkelakuan buruk ke atas pihak-pihak lain atau sebarang pelanggaran ke atas hak-hak orang lain, termasuk harta benda intelek yang mempunyai hubungan dengan laman web.

Iklan

Laman web ini mengandungi pautan ke laman web internet lain yang dimiliki oleh pihak ketiga. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas kandungan laman web yang dipaut atau sebarang pautan di dalam laman tersebut.

Di dalam laman web ini juga terdapat iklan daripada pihak ketiga yang mempunyai pautan ke laman web masing-masing. Anda perlu merujuk ke laman-laman tersebut untuk maklumat lanjut mengenai pengiklan dan produk serta/atau perkhidmatan yang diberikan.

Pada sesetengah keadaan, iklan-iklan tersebut mungkin mempunyai tawaran yang anda boleh terima dengan memaut ke laman pengiklan dan mengikut arahan yang diberikan. Tawaran tersebut tidak dibuat oleh pihak BAJUBESI.COM.MY dan pengiklan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tawaran yang dibuat dan penghantaran sebarang barang atau perkhidmatan yang anda beli daripada laman web pihak ketiga.

BAJUBESI.COM.MY tidak akan bertanggungjawab untuk arahan yang dibuat secara langsung oleh pengguna kepada pengiklan ke atas respons sebarang iklan yang disiarkan dalam laman web.

Pengiklan-pengiklan dalam BAJUBESI.COM.MY faham dan setuju yang BAJUBESI.COM.MY  tidak akan bertangungjawab terhadap ketepatan dan kesahihan maklumat yang dihantar oleh pengguna-pengguna dalam mana-mana bentuk interaktif.

Polisi persendirian

BAJUBESI.COM.MY WEBTEAM menguruskan BAJUBESI.COM.MY dengan azam untuk menyediakan segala info mengenai teknologi,perkomputeran,permainan video dan lain-lain bahan untuk “Gamers” di Malaysia khususnya dan tajuk tajuk lain amnya.

Kesemua data peribadi yang kami kendali akan disimpan rahsia tetapi kami boleh, di mana pembukaan rahsia perlu untuk memenuhi tujuan yang berkaitan secara langsung, di mana data yang dikumpulkan menyediakan maklumat-maklumat untuk pihak-pihak seperti berikut:

  1. sebarang anak syarikat, syarikat-syarikat bersekutu atau gabungan-gabungan atau syarikat-syarikat dikawal oleh atau di bawah kawalan am kami;
  2. sesiapa jua yang diberi tugas penyimpanan rahsia kepada kami yang telah mengawasi maklumat-maklumat secara rahsia dan;
  3. sebarang institusi-institusi kewangan, syarikat-syarikat bayaran atau pengeluaran kad kredit, maklumat kredit atau biro rujukan atau agensi-agensi pengutipan perlu membentuk dan menyokong pembayaran apa jua perkhidmatan yang dipohon.(jika membuat pembelian/penjualan di website ini)

Penafian

BAJUBESI.COM.MY tidak akan menjamin bahawa bahan-bahan di laman ini bebas daripada kesilapan, dan kesilapan akan diperbetulkan, atau laman web atau server yang sedia ada bebas dari virus-virus atau lain-lain komponen yang membahaya.

Penggunaan BAJUBESI.COM.MY adalah atas risiko anda keseluruhannya. Anda mesti menilai menanggung segala risiko ke atas apa-apa jua yang berkaitan dengan penggunaan sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman web, termasuk kepercayaan ke atas ketepatan, kesempurnaan atau faedah kegunaan apa juga kandungan. Anda perlu mendapatkan nasihat persendirian anda sendiri berhubung maklumat demikian.

Walaupun kami akan menggunakan ikhtiar yang munasabah untuk mengekalkan kandungan, kami tidak akan memikul tanggungjawab untuk menyediakan sokongan atau perkhidmatan mengawalselia ke atas kandungan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan atau inginkan penjelasan mengenai sesuatu perkara berkaitan BAJUBESI.COM.MY, anda boleh hantarkan kepada webmaster@bajubesi.com.my

Back to top button